MACAM-MACAM ADA

BAK KATA ORANG JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN. MAI SINGGAH TENGOK PAKEJ-PAKEJ LAWATAN YANG MENARIK.

Tuesday 5 April 2011

BINGKISAN SEORANG IBU


alhamdulillah syukur di atas rahmatnya aku selamat melahirkan seorang putera disamping berkat kesabaran dan semangat yang diberikan oleh insan yang tersayang.
Sememangnya memang aku akui semenjak awal mengandung hinggalah disaat aku dimasukkan kehospital aku begitu phobia. Tiada apa yang aku fikirkan selain begitu ngeri memikirkan kesakitan dan kesukaran untuk melahirkan tambahan pula sudah 8 tahun jaraknya tetapi tuhan itu maha mengetahui. Akhirnya.................
Apa yang ku rasa? Proses bersalin itu terlalu singkat dan mudah hinggakan doktor juga terkejut bila aku mengatakan yang anakku mahu keluar sedangkan aku baru dimasukkan ubat dan tidak merasa sakit. mengikut pengiraan doctor pintu rahim baru terbuka 5cm.
Dan yang paling tidak dapat ku lupakan bila suamiku yang sepatutnya masuk untuk menemankan aku ketika bersalin tercengang-cengang dan tidak percaya bila aku mengatakan aku sudah selamat bersalin. Cepat2 dia meraba-raba perutku dan asyik bertanya betul ke sehinggalah nurse memberi anakku kepadanya untuk diazankan barulah dia terdiam dan menghadiahkan aku dengan satu ciuman.
Begitulah keagungan tuhan yang tidak ternilai dan aku sesungguhnya bersyukur dan merasa amat bertuah kerana melahirkan puteraku Muhammad Faris Daniel.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete